Bab Tiga: Scene


Apakah itu Scene


Mungkin anda pernah mendengar perkataan ini di dalam proses pembikinan sesebuah filem. Di dalam konteks perfileman, scene bermaksud bahagian-bahagian kecil di dalam filem tersebut. Sebagai contoh, di dalam sebuah filem mungkin ada scene di dalam rumah, scene kemalangan, scene pertempuran dan sebagainya. Di dalam flash, maksud scence tidak jauh bezanya dengan konteks di atas. Scene adalah bahagian-bahagian kecil di dalam flash movie.

Bagaimana mewujudkan scene di dalam flash

Jika kita lihat kembali hasil kerja motion tweening di bab sebelumnya, sebenarnya animasi tersebut dilakukan di scene 1. Lihat pada kekotak merah bernombor 1 di dalam Rajah 21 di bawah. Pada kekotak merah bernombor 2 pula akan dipaparkan senarai scene yang ada di dalam movie kita dan kita boleh memilih scene untuk diedit daripada senarai ini. Memandangkan dalam animasi motion tweening ini cuma terdapat satu scene sahaja maka hanya satu scene disenaraikan.


Rajah 21: Animasi motion tweening di dalam scene 1

Mari kita tambah satu lagi scene di dalam movie ini. Untuk melakukan tugas ini, pergi ke menu [Modify], seterusnya [Scence] atau anda boleh menekan kekunci SHIFT dan F12 serentak (Rajah 22).


Rajah 22: Menambah scene ke dalam movie

Satu window dengan nama Scene akan terpapar di skrin komputer anda. Pada window tersebut akan dipaparkan scene yang telah sedia ada di dalam flash movie anda.


Rajah 23: Scene window

Untuk mengubah nama sesuatu scene, double-click pada nama scene tersebut dan taipkan nama yang baru. Jika anda perhatikan, terdapat 3 pilihan butang atau button di dalam scene window ini. Butang duplicate scene adalah untuk membuat satu salinan bagi scene yang sedang aktif (scene dengan highlight berwarna biru). Butang add scene adalah untuk menambah satu scene baru. Butang delete scene adalah untuk membuang mana-mana scene yang tidak diperlukan. Sekarang kita akan menambah satu lagi scene ke dalam flash movie kita dan menamakannya sebagai scene no 2. Scene 1 tadi telah diubah namanya kepada scene no 1. Scene yang baru dibuat biasanya akan menjadi scene yang aktif untuk diedit.


Rajah 24: Scene baru ditambah dan scene lama diubah namanya

Sekarang buat satu lagi animasi motion tweening di dalam scene no 2. Sebelum itu pastikan bahawa anda sedang bekerja di dalam scene yang betul (Rujuk Rajah 21). INGAT bahawa kekotak merah bernombor 1 menunjukkan scene yang sedang aktif untuk diedit. Kekotak merah bernombor 2 pula adalah untuk menukar kepada scene yang hendak diedit. Setelah anda siap membuat satu animasi motion tweening di dalam scene no 2, lihat hasil flash movie anda. Rajah 25 berikut merupakan hasil kerja di atas.


Rajah 25: Flash Movie dengan scene no 1 dan scene no 2

Perhatikan bahawa flash movie anda akan bermula pada scene no 1 dan kemudian terus ke scene no 2. Anda boleh mengubah susunan ini dengan mengubah susunan scene di dalam scene window. Scene yang berada di kedudukan yang paling atas akan dimainkan terlebih dahulu diikuti dengan scene di kedudukan bawah.

Simpan fail anda.