Bab Satu: Pengenalan Kepada Macromedia Flash MX


Apakah itu Macromedia Flash MX


Secara ringkasnya, Macromedia Flash MX merupakan satu perisian komputer yang biasanya digunakan untuk menghasilkan produk-produk multimedia seperti Courseware, Multimedia Presentation, Website, Computer Game dan Animation. Pada masa ini, ia merupakan antara perisian multimedia yang paling popular kerana ia mudah dipelajari dan memiliki ciri-ciri yang membolehkan penggunanya menghasilkan satu hasil kerja yang menarik dan berkualiti.



Antaramuka Macromedia Flash MX (Main Application Interface)


Rajah 1: Antaramuka Flash MX

Rajah 1 di atas menunjukkan antaramuka Flash MX. Jika anda perhatikan, antaramuka tersebut boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama yang ditandakan oleh kekotak berwarna merah. Kekotak tersebut tidak akan kelihatan pada komputer anda. Ia sengaja dilukis pada Rajah 1 di atas untuk memudahkan anda melihat bahagian-bahagian tersebut.

Kotak 1 merupakan bahagian yang dipanggil sebagai Toolbox. Di dalam Toolbox, terdapat beberapa "perkakasan" atau tools yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Setiap tools tersebut mempunyai nama tersendiri. Untuk mengetahui nama bagi setiap tools tersebut, arahkan mouse pointer [] anda ke atas mana-mana tools tersebut dan biarkan ia untuk beberapa saat dan nama untuk tool tersebut akan dipaparkan seperti Rajah 2 di bawah:


Rajah 2: Nama tools

Jika anda perhatikan dalam Rajah 2 di atas, nama untuk tool tersebut iaitu Arrow Tool diikuti oleh satu huruf besar V yang dikurung oleh "(" dan ")". Ini bermaksud bahawa untuk mengaktifkan Arrow Tool, anda boleh menekan kekunci V pada papan kekunci (keyboard) anda. Secara amnya, ini merupakan shortcut key yang boleh digunakan untuk mengaktifkan sesuatu tool selain daripada mengklik pada icon tool tersebut.

Kotak 2 adalah bahagian yang dipanggil Timeline. Di dalam bahagian ini, kita boleh menyusun semua objek yang akan digunakan di dalam produk multimedia kita mengikut layer tertentu dan juga menentukan perlakuannya (behaviour) mengikut perjalanan masa. Jangan bimbang sekiranya anda tidak faham pernyataan ini, anda akan dapat melihatnya dalam bab berikutnya. Bagi tahap asas, anda perlu mengenalpasti dua bahagian penting di dalam Timeline iaitu LAYER dan FRAME. Kedua-dua konsep ini merupakan konsep yang paling penting untuk membolehkan anda mengetahui bagaimana mengawal perlakuan (behaviour) objek-objek di dalam movie anda (hasil kerja flash yang melibatkan animasi biasanya dipanggil sebagai movie).


Rajah 3: Timeline

Dalam Rajah 3 di atas, LAYER merupakan bahagian yang ditandakan oleh kekotak merah 1 manakala FRAME pula ditunjukkan oleh kekotak merah 2.

Kotak 3 dipanggil sebagai stage. Stage merupakan kawasan di mana anda akan menentukan susun-letak atau kedudukan objek-objek yang digunakan di dalam movie anda.

Kotak 4 pula terdiri daripada Action Panel dan Properties Panel. Action Panel digunakan untuk menentukan penggunaan Action Script tertentu di dalam movie anda. Properties Panel pula digunakan untuk menentukan ciri-ciri sesuatu objek atau movie yang akan kita hasilkan.